Adam Corrie Didakwa Berhenti Berlakon Dek Dah Jadi Jutawan – “Tawaran Drama RM300, Tak Masuk Akal”

EntertainmentLifestyle
28 Aug 2025 • 2:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon senior, Adam Corrie menafikan dakwaan bahawa dia tidak lagi berlakon kerana sudah bergelar jutawan.

Menurut Adam, 57, tanggapan itu timbul mungkin kerana orang ramai melihatnya kini mengusahakan restoran Kopi Hut, sedangkan hakikatnya dia tidak menerima sebarang tawaran lakonan sejak dua tahun lalu.

Saya dengar ada khabar angin kata saya dah jadi jutawan, sebab itu tak mahu berlakon lagi. Apa kaitannya dengan status jutawan? Datuk Rosyam Nor, Datuk Adi Putra pun bergelar jutawan, tapi mereka tetap menerima tawaran berlakon.

image is not available

Jelasnya kepada mStar,

Saya masih mampu melakonkan pelbagai watak, malah boleh buat aksi lagi. Cuma malangnya, tawaran yang datang ada yang hanya menawarkan bayaran sekitar RM300 untuk satu drama. Takkanlah begitu rendah nilainya.

image is not available 2025-08-07 11:22:49

Kes Zara Qairina: Netizen Hujani Sekolah Review Buruk, Dakwa Ada Pihak Padam Ulasan Di Google