Adam Corrie kenang jasa Mohd Chan – “Arwah beri semangat terus maju dalam perniagaan”

LocalBusiness & Finance
25 Sep 2025 • 11:17 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, pereka tari dan penari profesional, Adam Corrie kenang jasa Pengasas dan pemilik rangkaian restoran Mohd Chan, Datuk Mohd Chan Abdullah yang meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh dekat sini malam tadi.

Ujar Adam, Allahyarham bukan sekadar usahawan Cina muslim yang berjaya, malah seorang insan yang berdakwah melalui akhlak, senyuman, perniagaan dan sifat pemurahnya.

Adam Corrie kenang jasa

Instagram will load in the frontend.

“Perkhabaran pemergian Allahyarham Dato’ Mohd Chan yang saya terima semalam benar-benar meruntun jiwa.

“Saya pernah menjemput arwah ke restoran saya. Dengan rendah hati beliau hadir, memberi pandangan, nasihat dan semangat agar saya terus maju dalam perniagaan, sambil tidak lupa untuk menjadi seorang Muslim yang baik.

“Nasihatnya akan kekal sebagai panduan berharga buat saya,” katanya dalam satu hantaran di Instagram, hari ini.

Adam Corrie kenang jasa

image is not available

Allahyarham Mohd Chan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7 malam tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Bukit Kiara 2, hari ini.

Allahyarham merupakan tokoh disegani yang dikenali ramai kerana sumbangan besar beliau dalam pelbagai bidang.

Sumber: Instagram @Adam Corrie