Adam Shahz Nafi Kediaman Diduduki Merupakan Pejabat & Rumah Perlindungan - “Alamat Yang Saya Guna Hanya Untuk…”

15 Oct 2024 • 3:45 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Adam Shahz tampil menafikan dia menetap di kediaman yang merupakan pejabat juga rumah perlindungan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Hanya urusan surat menyurat

Menurut Adam, dia sudah memaklumkan kepada mahkamah yang alamat digunakan itu hanyalah untuk pengurusan surat menyurat sahaja.

 

“Dalam dewan bicara semalam, saya maklumkan kepada mahkamah alamat yang saya guna itu hanya untuk surat-menyurat sahaja. Bukan tempat tinggal saya seperti yang didakwa.

 

“Memang benar alamat itu merupakan pejabat dan rumah kebajikan yang mana saya merupakan sukarelawan. Rumah perlindungan itu diuruskan sahabat baik, selaku tuan punya rumah perlindungan tersebut,” kata Adam ketika dihubungi Gempak.

Sebelum ini, pelakon Fatin Afeefa mengakui dia bimbang untuk melepaskan anak perempuannya iaituIvy Arrasophia bermalam dengan bekas suami, Adam Shahz.

 

Menurut Fatin, sebagai ibu, dia hanya mahu menjaga keselamatan dan keselesaan untuk puteri tunggalnya.

 

Pada Isnin, mahkamah menetapkan tarikh 25 Februari tahun hadapan untuk sebutan semula kes prosiding hak bermalam.

BERITA TRENDING: Kongsi Pengalaman Tunai Umrah, Fatin Afeefa Ada Sebab Tak Bawa Anak Sekali - “Saya Menangis Tak Boleh Bernafas Sebab…”