Adat Resam Dayak Dapat Menyumbang Perpaduan Di Sarawak

2 May 2024 • 1:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kepentingan menghargai kepelbagaian budaya dalam masyarakat majmuk

Adat Resam Dayak Dapat Menyumbang Perpaduan Di Sarawak. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang, Dato’ Lo Khere Chiang, adat resam dan tradisi masyarakat Dayak dapat menyumbang kepada semangat perpaduan di Sarawak.

Beliau berkata seperti perayaan lain di Malaysia, perayaan Gawai Dayak juga penting kerana ia dapat membina identiti etnik.

image is not available
Adat Resam Dayak Dapat Menyumbang Perpaduan Di Sarawak. Sumber: Facebook

Gawai Bazaar, platform untuk mempromosikan keunikan budaya Dayak

Beliau memuji program Gawai Bazaar, kerana ia salah satu cara untuk mengukuhkan persaudaraan dan membangunkan suasana harmoni di negeri itu.

“Semoga dengan penganjuran ini, kita boleh berkongsi kegembiraan dan kegemaran Gawai Dayak tanpa mengira bangsa atau agama,” ujarnya menerusi laporan.

“Oleh itu, sebagai rakyat Bumi Kenyalang yang sentiasa menghargai keamanan dan keharmonian, kita amat bersyukur kerana masyarakat kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dapat meraikan perayaan mengikut agama dan tradisi masing-masing dengan aman,” kata beliau.

Rakyat Sarawak perlu bersatu antara satu sama lain agar kekal aman dan makmur

Beliau mengingatkan semua untuk sentiasa bersatu dalam apa jua situasi sama ada dari segi politik atau ekonomi untuk memastikan Sarawak kekal aman dan makmur.

Pengarah program Padila Jiahong berkata acara itu diadakan dari 1 hingga 12 Mei, dengan 35 gerai di dalam dan 11 gerai makanan di luar. Katanya, program ini bertujuan untuk mempromosikan keindahan, keunikan dan kepelbagaian budaya masyarakat di Sarawak.