“Add on untuk pegang tangan” – Netizen Kritik Gadis Buat Trend Sewa Diri Untuk Teman Beraya

Entertainment
28 Apr 2023 • 12:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebiasaannya bila hari raya, golongan bujang sering dihadapkan dengan persoalan bila nak kahwin atau dah ada teman istimewa ke belum dari ahli keluarga.

Oleh sebab itu, ada yang nekad untuk ‘hire’ teman beraya atau kekasih lakonan supaya tidak lagi diasak dengan pertanyaan tersebut hampir setiap tahun.

image is not available

Tawar diri jadi plus one, siap ada caj add on untuk pegang tangan?

Walau bagaimanapun, baru-baru ini kecoh di Twitter apabila tular posting beberapa gadis yang menawarkan perkhidmatan ‘sewa diri jadi +1’ sebagai teman beraya.

Caj tawaran sewa diri ini juga boleh mencecah hingga RM250 dan ia juga disertakan dengan ‘add on’ bagi yang ingin pegang tangan dengan caj antara RM10 hingga RM80.

Antara servis yang ditawarkan perkhidmatan ‘teman beraya’ ini seperti berlakon sebagai teman wanita, pandai berborak dengan orang tua, suap makan dan membetulkan samping.

“Ya Allah jangan kau uji anak-anakku dengan ujian sebegini”

Meskipun tidak diketahui sama ada posting-posting berkenaan hanya sekadar gurauan atau tidak, namun ia telah mendapat kecaman netizen kerana dianggap menjatuhkan maruah diri dan hilangnya sifat malu seorang wanita dan lelaki Islam.

image is not available

Apa pendapat korang tentang isu ni? Ada ke yang terdesak sampai nak hire teman beraya?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.