Addnan ‘berhijrah’ demi perkembangan kerjaya

2 Oct 2023 • 3:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENYAMPAI radio Era Sabah, Addnan Sarippuddin tidak berfikir panjang untuk membuat keputusan ‘berhijrah’ ke Kuala Lumpur tahun depan.

Addnan adalah antara penyampai Era Sabah yang bersetuju untuk berpindah ke ibu pejabat Astro Radio di Bukit Jalil susulan penutupan pejabatnya di negeri ini berkuat kuasa 30 September lalu.

Sudah enam tahun bergelar penyampai radio di stesen itu, Addnan yang juga pengendali segmen Pagi Era Sabah, berkata bukan mudah untuk dia berhenti dari pekerjaan yang cukup dicintainya itu.

“Tidak kisahlah kalau saya diminta berpindah ke Taiwan sekali pun, saya tetap akan berpindah kerana inilah minat saya dan saya suka dengan apa yang saya lakukan sekarang. Tempat bekerja dekat atau jauh bukan satu masalah bagi saya.