Adegan C*um Dengan Pelakon Wanita Raih 650K Tontonan, Aktor Bersuara – “Dah Dapat Persetujuan Ibu, Tak Susahkan Orang Lain”

LocalEntertainment
29 Aug 2025 • 11:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, seorang pelakon Malaysia yang dikenali sebagai Putera Muhammad Aiman Mirza telah menjadi perhatian warganet susulan adegan bercium dengan pelakon wanita dalam sebuah web series tular.

Difahamkan, adegan bercium dalam drama tersebut telah tular di platform TikTok hingga meraih lebih 620,000 tontonan, sekaligus mengundang kecaman daripada warganet.

Ibu beri keizinan buat adegan cium

Mengulas tentang kontroversi yang melanda, Putera sudah menjangkakan pandangan yang akan tercetus, namun tetap berpegang pada prinsip serta restu ibu sebagai kekuatan dalam kerjayanya.

Kalau ibu saya izinkan dan tidak melihatnya sebagai masalah, maka saya akan lakukan. Yang penting, saya tidak pernah menyusahkan orang lain.

image is not available

Sumber : Portal 

Dalam pada masa yang sama, aktor terbabit turut menghormati pandangan masyarakat yang menegurnya, walaupun mempunyai pendirian yang berbeza.

Semua ada kesilapan, belajar perbaiki diri

Bagi saya, semua orang pernah melakukan kesilapan, cuma caranya sahaja yang berbeza. Saya sendiri sentiasa berusaha belajar dan memperbaiki diri.

image is not available

Sumber : Portal 

Walaupun terus-menerus menerima kecaman daripada netizen, tetapi Putra berkeras dengan fokus utamanya iaitu membina kerjaya dan menjadi lebih matang dengan tidak mengulang kesilapan yang sama.

image is not available 2024-05-07 16:58:16

"Ada Yang Terbakar Tapi Bukan Kertas.." - Aiman & Zahirah Kongsi Foto Mesra, Netizen Bimbang Ada Yang 'Meroyan'

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved