Nora Danish dipuji sopan tersipu malu, netizen komen – “Tak macam sebelah tu”

EntertainmentLifestyle
28 Aug 2025 • 10:30 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Nora Danish menjadi perhatian ramai apabila dilihat sopan menjaga batas pergaulan dalam sebuah majlis yang telah tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Nora dipuji tidak terlalu keterlaluan dalam berseronok apabila penyanyi Amira Otman dan pelakon Fattah Amin menyanyikan sebuah lagu bersama.

Dipuji sopan tersipu malu

image is not available

Bagaimanapun, lebih mencetuskan kontroversi apabila netizen mempersoalkan kedudukan tempat duduk Amira dan Fattah terlau rapat tidak seperti Nora yang mempunyai sedikit jarak antara satu sama lain.

Difahamkan, Amira dan Fattah diminta menyambungkan lagu yang dinyanyikan oleh pasangan duet Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini dalam majlis tersebut.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji sifat Nora yang dilihat tidak berlebihan dan ada juga yang gembira melihat perubahannya yang semakin mendekatkkan diri dengan tuhan untuk mendalami ilmu agama.

Malah ada juga wargamaya yang mengecam Amira yang dilihat duduk terlalu rapat bersama Fattah dan mendakwa tindakan itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan penyayi itu membawa penampilan sebagai seorang muslimah.

Tak macam sebelah tu

image is not available

Pandai jaga halal gap

image is not available

Jangan nampak terlebih suka

image is not available

image is not available

Terdahulu, Amira mencuri tumpuan ramai apabila mengenakan busana pengantin rona putih dan perkara tersebut telah dikaitkan dengan spekulasi membabitkan Fattah yang dikatakan bakal melangsungkan majlis pernikahan tidak lama lagi.

Sumber: Threads caseledeks