Adegan Nabila Razali Cium Tangan Aedy Ashraf Dalam Drama 'Kerana Cinta Itu Ada' Dikecam Netizen 

Entertainment
17 Jan 2023 • 12:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Nama Aedy Ashraf dan Nabila Razali menjadi bualan netizen gara-gara satu adegan dalam drama ‘Kerana Cinta Itu Ada’ - Tangkapan layar Instagram

Nama selebriti popular, Nabila Razali dan Aedy Ashraf ibarat sudah sinonim dengan kontroversi. Terbaharu, nama mereka sekali lagi menjadi bualan netizen gara-gara satu adegan dalam drama ‘Kerana Cinta Itu Ada’.

Dalam salah satu adegan dalam drama yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 itu, Nabila telah mencium tangan Aedy yang membawakan watak sebagai suaminya dalam drama itu. Adegan itu telah dimuatknaik di Instagram TV3 untuk tujuan promosi drama berkenaan.

Bagaimanapun, adegan itu telah menerima kecaman ramai kerana dikatakan tidak sensitif dengan watak wanita yang berhijab. 

Kata mereka adegan itu tidak sepatutnya diadakan kerana Nabila merupakan seorang yang berhijab. 

Malah, mereka turut memberi contoh pelakon berhijab yang lain yang mampu membawakan watak dengan berkesan tanpa perlu adegan bersentuhan seperti Ummi Nazeera. 

image is not available

Ada juga netizen yang meneka bahawa adegan berkenaan mungkin menggunakan teknik kamera agar kelihatan seperti 'real'. 

Selain daripada pelakon, pengarah drama ini iaitu Azri Izhar turut dikecam kerana dikatakan tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia. 

Drama sebanyak 28 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini masih ditayangkan setiap hari pada jam 7 malam di TV3.  - Getaran, 17 Januari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved