Netizen Kritik Ahli Politik Hong Kong ‘Claim’ Michelle Yeoh Adalah Pelakon Hong Kong

Entertainment
14 Jan 2023 • 12:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, Tan Sri Dato’ Seri Michelle Yeoh telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa selepas menjadi pelakon pertama dari negara ini yang berjaya merangkul trofi Anugerah Golden Globe.

Untuk pengetahuan, aktres berkenaan telah meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Musikal dalam filem bertajuk Everything Everywhere All At Once.

Hasil kejayaannya, pelakon kelahian Ipoh, Perak itu telah menerima banyak ucapan tahniah termasuklah daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YDPA serta Permaisuri.

Walau bagaimanapun, kejayaan diterima Yeoh ini mengakibatkan ada pihak yang seolah-olah mahu mendapat kredit juga.

image is not available

Setiausaha Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan, Kevin Yeung baru-baru ini telah mengundang rasa kurang senang netizen Malaysia selepas mendakwa aktres berusia 60 tahun itu sebagai pelakon Hong Kong dalam satu ucapan tahniah dibuatnya.

“Michelle Yeaoh pertama kali menempa nama di sektor perfileman Hong Kong sebelum berpindah ke pentas antarabangsa dengan bakat lakonan dan usaha keras yang mengagumkan.

Kami sangat berbangga. Pelakon Hong Kong terus menyerlah dalam industri perfileman antarabangsa,” katanya.

Kenyataan ahli politik terbabit nyata kurang disenangi netizen Malaysia yang segera menemplak beliau atas dakwaannya itu.

Ada yang sempat memerli Yeung dengan mengatakan dia tidak ‘membuat kerja sekolah’ terlebih dahulu sebelum berucap meskipun jawatannya sebagai Setiausaha.

“Sejak bila pulak Malaysia jadi sebahagian dari Hong Kong?” komen netizen.

“Tak tahu pulak dekat Hong Kong pun guna gelaran Dato'” kata yang lain pula.

Sumber: Yahoo! News

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.