Adele Didakwa Plagiat, Mahkamah Arahkan Lagu ‘Million Years Ago’ Ditarik Balik Seluruh Dunia

Entertainment
17 Dec 2024 • 3:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi terkenal, Adele diarahkan untukk menurunkan lagu ‘Million Years Ago’ daripada semua platform penstriman seluruh dunia kerana didakwa memplagiat karya orang lain.

Perintah itu diarahkan oleh mahkamah di Brazil selepas seorang komposer negara itu, Toninho Geraes mendakwa Adele telah menciplak karyanya.

Menurut laporan, perintah itu menuntut syarikat rakaman Adele membayar denda AS$8,000 (kira-kira RM35,584) bagi setiap tindakan ketidakpatuhan.

Mahkamah Brazil juga memerintahkan syarikat rakaman Adele untuk menghentikan segera secara global, daripada menggunakan, menghasilkan semula, menyunting, mengedar atau mengkomersialkan lagu tersebut termasuk menerusi fizikal dan platform digital, penstriman atau perkongsian.

image is not available

Bagaimanapun syarikat rakaman penyanyi berkenaan masih boleh membuat rayuan berhubung perkara itu sementara menunggu tindakan lanjut mengenai kes berkenaan.

Adele didakwa memplagiat muzik samba klasik Geraes, ‘Mulheres’ (Women) yang dirakam oleh penyanyi terkenal Brazil, Martinho da Vila menerusi album terbitan 1995.

Geraes turut memfailkan saman bagi kehilangan royalti, ganti rugi moral AS$160,000 (kira-kira RM711,680) serta kredit penulisan di lagu Adele.

image is not available

Bukan hanya di Brazil, lagu Million Years Ago juga didakwa serupa dengan lagu 1985 nyanyian penyanyi Kurdish, Ahmet Kaya.

Dalam pada itu, Sony Music Entertainment Brazil berkata, belum ada sebarang kenyataan buat masa ini, manakala Universal Music Brazil tidak mengulas lanjut berhubung isu berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.