Adidas Perkenal Koleksi Eksklusif Mercedes-AMG Petronas F1 Team – Kini di Pasaran

SportsMen's Fashion
18 Mar 2025 • 1:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Koleksi Adidas Mercedes-AMG Petronas F1 ditayangkan semasa acara tontonan khas perlumbaan di Cycle & Carriage Mercedes-Benz Autohaus Mutiara Damansara

Mercedes-AMG Petronas F1 Team mengumumkan Adidas sebagai rakan rasmi pasukan bagi musim 2025 dan seterusnya. Kerjasama ini menyaksikan jenama sukan terkemuka dunia menghasilkan pakaian perlumbaan pemandu, pakaian rasmi pasukan, serta koleksi pakaian peminat (fanwear).

Pelancaran Koleksi di Malaysia

image is not availableimage is not available

Sebagai rakan rasmi baharu, Adidas kini bertanggungjawab menghasilkan rekaan pakaian pemandu, pasukan, dan pakaian rasmi peminat untuk Mercedes-AMG Petronas F1 Team

Koleksi pakaian peminat ini telah dipertontonkan kepada umum di Malaysia menerusi satu acara khas tontonan perlumbaan secara langsung di Cycle & Carriage Mercedes-Benz Autohaus Mutiara Damansara hujung minggu lalu. Acara tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran nama-nama besar dalam dunia permotoran, selebriti, dan pempengaruh media sosial tempatan.

“Koleksi ini merupakan hasil dedikasi dan kerja keras pasukan kreatif kami dalam mencipta rekaan yang bukan sahaja meningkatkan prestasi pasukan dalam setiap aspek, tetapi juga memberikan sesuatu yang boleh dipakai dengan penuh kebanggaan oleh peminat, sama ada di trek perlumbaan atau dalam kehidupan seharian,” jelas Ketua Produk Adidas, Bianca Mast.

Rekaan Ikonik dengan Sentuhan Warna Teal Mercedes-AMG Petronas F1 Team

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Dari kiri atas: adiracer, FerozaDari kiri bawah: Ultraboost 5, Supernova

Koleksi ini menampilkan kombinasi warna utama hitam, putih dan rona teal ikonik Mercedes-AMG Petronas F1 Team. Menjadi tumpuan utama adalah koleksi kasut edisi khas yang merangkumi kasut prestasi dan gaya hidup, termasuk model ikonik seperti Ultraboost 5, Supernova, adiracer dan Feroza.

Selain koleksi kasut ekslusif, turut dilancarkan ialah pakaian teknikal, aksesori gaya hidup, serta pelbagai topi dan penutup kepala. Menariknya, koleksi ini direka untuk pelbagai peringkat umur, merangkumi kategori Lelaki, Wanita dan Kanak-kanak (Youth), dengan harga bermula daripada RM109 hingga RM829.

Gabungan Streetwear dan Permotoran

image is not availableimage is not availableimage is not available

Adidas turut menekankan bahawa koleksi ini menggabungkan pengaruh fesyen jalanan (streetwear) dengan dunia sukan permotoran, yang jelas dapat dilihat melalui penawaran pelbagai pilihan pakaian untuk kegunaan harian, hoodie dan t-shirt kasual. Selain itu, Adidas turut mengesahkan bahawa pakaian peminat yang khas untuk pemandu akan dilancarkan kemudian tahun ini.

Koleksi Kini Boleh Didapati di Malaysia

Bagi peminat F1 yang ingin mendapatkan pakaian dan kasut eksklusif dengan livery Petronas yang ikonik, koleksi Adidas Mercedes-AMG Petronas F1 Team kini boleh didapati secara rasmi di butik Adidas terpilih di seluruh negara, serta dalam talian menerusi laman web rasmi adidas.com.my/motorsport.

View Original Article