Adik Balik Rehat Dulu, Biar Abang Sambung Berjuang – Pesan Dr. Kloski Buat Haroqs

6 Oct 2025 • 10:50 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kekecewaan seorang aktivis muda Malaysia, Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs, kerana tidak sempat membawa coklat untuk anak-anak Gaza, mendapat perhatian sahabat perjuangannya, Dr. Kloski Kuzaibek.

Dalam satu perkongsian di TikTok, Dr. Kloski tampil memberi kata-kata semangat kepada Haroqs yang pulang lebih awal ke tanah air selepas botnya dipintas tentera Israel.

image is not available

Foto: TT Dr. Kloski

“Adik balik dulu, biar abang lanjutkan perjuangan ni. Jangan sedih, walaupun coklat yang adik bawa tak sampai, abang bawa 313 kotak coklat, 313 kotak susu formula dan 313 kotak Nestum.

“Percayalah, insya-Allah semua ni akan sampai ke tangan anak-anak kita di Palestin,” katanya.

image is not available

Beliau yang kini menyertai pasukan perubatan Russia menjelaskan bahawa misi kali ini dijalankan dengan perlindungan ketat ketenteraan Russia

“Abang ada perlindungan dari Allah, dari malaikat, dan daru barisan pertahanan terbaik Russia. Abang langsung tak ada perasaan gentar, malah rasa macam nak balik kampung jumpa keluarga,” ujarnya.

image is not available

Menurut Dr. Kloskim penyertaannya bersama pasukan antarabangsa ini adalah sebahagian daripada gel,ombang bantuan terbesar tahun 2025 yang digerakkan oleh Russia dan beliau percaya misi tersebut akan berjaya menembusi sekatan Israel.

Terdahulu, misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang disertai 23 rakyat Malaysia gagal menjejakkan kaki ke Gaza apabila bot mereka dipintas.

image is not available

Sebahagian aktivis ditahan sebelum akhirnya dibebaskan hasil usaha diplomatik kerajaan Malaysia bersama dengara sahabat.

“Buat masa ni, adik Haroqs balik rehat dulu di Malaysia. Insya-Allah misi seterusnya abang sampai ke Gaza, kita jumpa di sana,” jelas Dr. Kloski menutup perkongsiannya.

Sumber: TikTok @neurosurgeryresident