Adik-beradik beza haluan politik, Dr Solehin tak borak politik di rumah dengan Akmal

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 9:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perbezaan parti dan pandangan politik tidak menjejaskan hubungan kekeluargaan calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Dr. Muhammad Solehin Saleh dengan adiknya, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Politik tak dibincangkan di rumah

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, Solehin yang merupakan anak sulung daripada lima beradik berkata, politik bukan perkara yang dibincangkan apabila mereka sekeluarga berkumpul di rumah.

“Apabila kami berkumpul di rumah, kami tidak bercakap mengenai politik. Kami letakkan semua pakaian politik di luar rumah.
“Akmal hormat saya sebagai abang, saya sayang dia sebagai adik. Walaupun kami berbeza parti dan pandangan politik, hubungan kami sebagai keluarga tetap sama,” katanya.

Image from: Adik-beradik beza haluan politik, Dr Solehin tak borak politik di rumah dengan Akmal

Menurutnya, perbualan mereka lebih tertumpu kepada hal keluarga dan kehidupan seharian.

“Kalau balik rumah, kita cerita hal keluarga, anak-anak dan perkara biasa. Kadang-kadang cerita tentang ikan tilapia, kambing peliharaan yang beranak dan macam-macam lagi. Itu yang kami bualkan,” ujarnya.

Akui nama Akmal beri kelebihan ketika kempen

Mengulas pengaruh nama adiknya dalam kempen PRN Melaka, Solehin mengakui populariti Akmal yang juga calon DUN Merlimau sedikit sebanyak membantu memperkenalkan dirinya kepada pengundi.

“Nama Akmal memang besar dalam politik. Orang kenal dia, malah kerja-kerja kebajikan dan amal jariah yang dilakukannya juga menyebabkan ramai mengenali keluarga kami.
“Jadi, apabila saya mula diumumkan sebagai calon, nama Akmal turut menjadi perhatian. Pada peringkat awal, mungkin orang lebih banyak bertanya tentang dia berbanding saya,” jelasnya.

Image from: Adik-beradik beza haluan politik, Dr Solehin tak borak politik di rumah dengan Akmal

Walau bagaimanapun, beliau mahu dikenali berdasarkan usaha dan kemampuan sendiri, bukan sekadar bergantung kepada nama keluarga.

Solehin yang menyertai Bersama selepas melalui beberapa fasa politik turut menyasarkan kemenangan di Bemban, namun menyerahkan keputusan akhir kepada pengundi.

“Saya sudah turun bertemu penduduk dan menyampaikan apa yang ingin dibawa untuk Bemban. Saya tidak mahu terlalu memikirkan calon lain. Yang penting, saya buat kerja dan serahkan keputusan kepada rakyat,” katanya.
Sumber: Malaysia Gazette (Kasthuri Jeevendran)
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved