Ahmad Zahid nasihat calon PRN Melaka berkempen secara bersih, patuh demokrasi

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 7:13 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Ahmad Zahid nasihat calon PRN Melaka berkempen secara bersih, patuh demokrasi

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati semua calon dan parti politik yang bertanding pada PRN Melaka ke-16 agar mengamalkan kempen secara bersih serta mematuhi peraturan demokrasi.

JASIN: Semua calon dan parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dinasihatkan supaya mengamalkan pendekatan kempen secara baik, bersih dan mematuhi peraturan demokrasi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semua pihak tidak seharusnya memperbesarkan perkara remeh atau “titik bengik” sebagai alasan untuk mencetuskan polemik yang tidak sepatutnya.

“Saya harap kita berkempen secara baik dan bersih. Rakyat telah ada pilihan masing-masing, jangan disebabkan perkara-perkara atau titik bengik ini dijadikan alasan.

“Ini sebuah negara demokrasi, kita bertanding ikut peraturan dan kita harap perkara yang tidak perlu ditimbulkan itu dipanjangkan. Yang penting 14 Nov ini kita lihat di mana arah sokongan yang diberikan pengundi-pengundi di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Jelajah Pendidikan Tinggi & TVET MARA 2026 Negeri Melaka di sini hari ini, ketika diminta mengulas mengenai laporan polis terhadap calon BN yang didakwa menyalahgunakan fasiliti kerajaan untuk berkempen.

SPR menetapkan 14 Nov sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal pada 10 Nov.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved