Adik-beradik sama ‘rancak’ di IG, netizen ungkit Ruhainies menangis keluar TV

Entertainment
30 Apr 2024 • 11:41 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Ruhainies menangis keluar TV

Tindakan adik-beradik pelakon yang rancak memuat naik perkongsian di Insta Story menggunakan singkatan L U, I L U dan M U S M telah membuatkan netizen mengungkit kembali momen Ruhainies menangis keluar TV sewaktu di temu bual untuk memohon maaf.

Semua nak guna singkatan tiba2

Hal tersebut telah diluarkan oleh netizen di platform X apabila merasakan tindakan mereka tiga beradik seakan berlebihan walaupun hakikatnya singkatan-singkatan tersebut adalah penulisan yang dibuat oleh Ruhainies sendiri sewaktu berhubung dengan suami orang.

“Dekat Melodi nak nangis-nangis pastu tukar bio menganjing her own texting style talking to someone else’s husband. Selekeh,” tulis netizen.

image is not available

Ruhainies menangis keluar TV, tapi adik beradik rancak menganjing

Dapat dilihat yang Ruhainies, Risteena Munim dan seorang lagi adik mereka, Asha Zainul menggunakan singakatan tersebut di Insta Story seakan tidak langsung ada rasa bersalah dengan tindakan mereka.

image is not available

Ruhainies menangis keluar TV, tapi dekat IG bukan main L U S M

Perkongsian tersebut telah mendapat respon daripada netizen di media sosial yang rata-rata juga menzahirkan rasa geram dengan tindakan mereka bertiga.

Mereka juga merasakan sesi temu bual Ruhainies bersama wartawan bagi menyelesaikan masalah berkaitan kontroversinya seperti pura-pura sahaja walaupun dia begitu bersungguh memohon maaf sehingga menangis kerana mengakui kesilapan yang dilakukan.

image is not available

Diorang pelakon, jangan percaya

image is not available

Nampak la mereka tuju dekat siapa

image is not available

Dia ingat netizen bodoh!

image is not available

Terdahulu, Ruhainies akhirnya muncul bagi memberi penjelasan berhubung kontroversi melibatkannya dengan aktor, Aliff Aziz yang ditangkap khalwat pada 9 Mac 2024 lalu.

Dia juga meletakkan semua kesilapan di atas bahunya sendiri susulan semua yang berlaku setelah puluhan tangkapan layar berkenaan perbualan dirinya bersama Aliff dideahkan oleh wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine.

Sumber: X risksaidon