“Dah La, U & Ur Sister Sumpah FAKE” – Video Penjelasan Emma Maembong Dipenuhi Kritikan, Netizen Anggap Mahu Selamatkan Diri

Entertainment
25 Apr 2024 • 11:17 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, pendedahan skandal Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mengejutkan ramai apabila beberapa nama telah disebut di dalam perbualan penyanyi itu dan Ruhainies.

Antara nama yang dipetik adalah penyanyi rap, Caprice dan adik beradik pelakon Emma dan Chacha Maembong di mana Ruhainies menulis mereka ada menghubunginya untuk bertanya beberapa perkara.

image is not available

image is not available 6 hours ago

"Dia Yang Suruh Aliff Kata 'Tak Setuju' Di Mahkamah" - Caprice Didakwa Jadi 'Penasihat' Aliff & Ruhainies

 

Ada bertanya pada Ruhainies

Menyedari namanya menjadi bualan hangat, pelakon Emma Maembong tampil memberi penjelasan selepas namanya disebut di dalam perbualan Ruhainies & Aliff yang ditularkan oleh Sarah Yasmine.

Menerusi Instagram, Emma mengakui ada bertanya kepada Ruhainies tentang beberapa perkara mengenai Bella.

Emma bagaimanapun mengaku dia tidak sepatutnya menjadi penyibuk dan berbuat sedemikian namun menafikan ada mengutuk Bella.

Saya hanya bertanya bukannya mengutuk atau menambah cerita. Silap saya kerana bertanya tetapi tidak bermaksud menyebelahi mana-mana pihak.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

 

Penuh komen sindiran

Video penjelasan Emma bagaimanapun menerima banyak kritikan dan sindiran warganet malah ada yang melabelnya dan Chacha Maembong sebagai adik beradik ‘fake’.

Ada yang menganggap Emma mahu menyelamatkan diri malah ramai turut berkata mahu ‘cancel’ Emma dan Chacha sebagaimana mereka memboikot Ruhainies.

image is not available

image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, ada yang turut persoal kepada Emma semula tindakannya bertanya tentang Bella kepada Ruhainies yang terang-terangan merupakan orang ketiga di dalam isu ini.

image is not available image is not available