
Adik Berjaya Tamat Pengajian, Coretan Arakan Prince Buat Ramai Sebak
Setiap anak muda pastinya mengimpikan kejayaan yang mampu mengubah nasib diri dan keluarga. Namun, jalan menuju kejayaan itu pernah tidak mudah.
Tidak semua orang lahir dalam kesenangan. Ada yang dibesarkan dalam kedaifan, diasak ketidaktentuan, dan hanya bergantung kepada semangat yang tidak pernah mati.
Namun, mereka yang mampu bangkit daripada kepompong pahit itu pastinya luar biasa dan menjadi inspirasi buat ramai.
Inilah kisah yang dikongsikan oleh Arakan Prince, seorang lelaki Rohingya yang pernah tular di Malaysia suatu ketika dahulu.
Dahulu dikenali ramai sebagai “pelarian”, kini beliau kembali menjadi tumpuan ramai selepas memuat naik video menyentuh hati kejayaan adiknya di TikTok.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan adik perempuannya melangkah masuk ke dewan konvokesyen dengan jubah graduasi. Tapi di sebalik senyuman itu, terselit seribu kisah duka dan perjuangan.
Lebih mengharukan, catatan Arakan Prince yang mengiringi video itu membuatkan ribuan warganet tersentuh.
Dari pelarian ke graduation. Abang sangat bangga denganmu.
Hari ini, adik perempuan saya graduate. Hati ini tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kami lahir sebagai pelarian, dibesarkan dalam serba kekurangan, hidup dalam ketidakpastian — tapi hari ini, dia membuktikan bahawa asal-usul bukan penghalang untuk berjaya.
Saya masih ingat waktu kami belajar dalam keadaan serba sederhana. Kadang-kadang tiada duit untuk beli buku, kadang-kadang belajar di bawah cahaya malap. Tapi dia tak pernah putus asa. Dia teruskan perjuangan walaupun jalan itu sukar.
Hari ini, dia berdiri megah dalam jubah konvo — bukan hanya sebagai simbol kejayaan peribadi, tetapi sebagai harapan untuk semua anak-anak pelarian di luar sana. Kamu boleh berjaya. Kamu layak. Dan kamu mampu.
Adik, abang sangat bangga dengan ketabahan, kesungguhan, dan kecekalanmu. Semoga kejayaan ini hanya permulaan untuk lebih banyak impian yang akan jadi kenyataan. Teruskan melangkah dan jangan pernah lupa dari mana kita bermula.
Dalam video lain, Arakan Prince turut berharap adik perempuannya itu dapat melangkah jauh dan berpeluang melanjutkan pengajian ke menara gading.
@arakanprince_ Dari pelarian ke graduation. Abang sangat bangga denganmu. Hari ini, adik perempuan saya graduate. Hati ini tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kami lahir sebagai pelarian, dibesarkan dalam serba kekurangan, hidup dalam ketidakpastian — tapi hari ini, dia membuktikan bahawa asal-usul bukan penghalang untuk berjaya. Saya masih ingat waktu kami belajar dalam keadaan serba sederhana. Kadang-kadang tiada duit untuk beli buku, kadang-kadang belajar di bawah cahaya malap. Tapi dia tak pernah putus asa. Dia teruskan perjuangan walaupun jalan itu sukar. Hari ini, dia berdiri megah dalam jubah konvo — bukan hanya sebagai simbol kejayaan peribadi, tetapi sebagai harapan untuk semua anak-anak pelarian di luar sana. Kamu boleh berjaya. Kamu layak. Dan kamu mampu. Adik, abang sangat bangga dengan ketabahan, kesungguhan, dan kecekalanmu. Semoga kejayaan ini hanya permulaan untuk lebih banyak impian yang akan jadi kenyataan. Teruskan melangkah dan jangan pernah lupa dari mana kita bermula. #rohingya #rohingyatiktok #fypmalaysia #fyp #fypusa
Untuk info, Arakan Prince dan keluarganya pernah menetap di Malaysia selama hampir tiga dekad. Di sini jugalah mereka membesar dan belajar bertahan.
Kini, mereka telah berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) untuk memulakan kehidupan baharu, namun kenangan pahit manis di Malaysia tetap kekal terpahat dalam hati.
Inspirasi buat semua
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengakui terharu dan meluahkan rasa kagum terhadap keluarga ini.
Mungkin ramai yang turut merasa bahawa perkongsian ini bukan sekadar cerita kejayaan, tetapi menjadi inspirasi buat ramai.
Ia membuktikan bahawa pendidikan dan kejayaan adalah milik sesiapa sahaja yang berani bermimpi dan sanggup berjuang demi masa depan yang lebih baik.
Sumber: TikTok @arakanprince_
The post Adik Berjaya Tamat Pengajian, Coretan Arakan Prince Buat Ramai Sebak appeared first on Siakap Keli.



