
Majlis pernikahan Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman hujung minggu lalu sememangnya mencuri perhatian ramai. Dengan sekali lafaz, Fattah sah bergelar suami kepada Amira dalam suasana penuh kasih sayang, disaksikan keluarga dan rakan artis.
Namun di sebalik kemeriahan itu, wujud persoalan hangat dalam kalangan netizen mengenai keberadaan adik lelaki Fattah, Farhan Amin.
Netizen persoal kehadiran Farhan
CANDID | Anak dah femes pun, live sampai 110k mata memandang pun, ayah masih lagi support tap2 screen.. Mteh pun tak lekang tap2 screen.. itulah sokongan yang tidak pernah luntur dari sang ayah ibu..
Menerusi stu video di Tiktok, ramai mempersoalkan mengapa kelibat Farhan tidak kelihatan dalam majlis akad nikah tersebut. Ada yang tertanya-tanya sama ada dia hadir atau sebaliknya.
Ahli keluarga Fattah Amin jawab persoalan

Menjawab spekulasi itu, seorang ahli keluarga tampil memberi penjelasan bahawa Farhan seorang yang introvert. Kenyataan ini sekali gus menjadi jawapan kepada tanda tanya warganet.
Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada Farhan benar-benar hadir ke majlis pernikahan abang kesayangannya itu atau tidak.
Cinta disatukan dengan sekali lafaz

Apa pun, tumpuan sebenar majlis tetap pada pasangan pengantin. Fattah dan Amira kini sah sebagai suami isteri, sekaligus menamatkan segala teka-teki mengenai hubungan rapat mereka sebelum ini.
Pssttt! Kadang-kadang tak semua orang selesa jadi tumpuan. Hormatilah privasi individu kerana setiap orang ada cara tersendiri untuk meraikan momen bahagia keluarga.
Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.



