Adik Safawi Rasid cetus teka-teki sertai Kedah

18 Dec 2022 • 3:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Alfi membantu JDT III menjuarai Piala Presiden 2022. - Foto Instagram Alfi Rasid

image is not available
Alfi (kanan) dan Safawi berkongsi minat sama bergiat aktif dalam arena bola sepak. - Foto Instagram Alfi Rasid

UBI muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Alfi Rasid memberi bayangan akan menyertai skuad Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk bersaing dalam kancah Liga Malaysia.

Pemain remaja itu yang juga adik kepada Safawi Rasid memberi bayangan itu menerusi Instagram Story baru-baru ini.

Alfi yang menyarung jersi JDT III untuk Piala Presiden telah meletakkan gambar pintu gerbang yang memperlihatkan logo jata negeri Kedah.

Foto tersebut turut disertakan emoji bola sepak dan emoji hijau kuning.

Jika perhijrahan Alfi menjadi realiti, ia bakal mengikut jejak abangnya Safawi yang akan bertukar angin dari JDT musim depan apabila bakal dipinjamkan ke kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC.

Berkelana ke JDT pada akhir 2019, Alfi telah beraksi untuk JDT III bagi menghadapi Piala Presiden.

**media[2026478]**

Dia adalah antara pemain yang membantu JDT III menjuarai Piala Presiden 2022 selepas menewaskan Sri Pahang Ogos lalu.

Sebelum menyertai JDT, Alfi aktif dengan bola sepak secara amatur di Terengganu.

Dia membantu pasukannya, Dspex FC muncul juara Liga Premier bagi saingan Terengganu Amateur League (TAL) pada tahun 2018.