“Adik Sayang Dhabit”- Gelagat Kanak-Kanak Perempuan Minta Rakan Buka Pintu Kelas Buat Netizen Terhibur

Entertainment
16 Mar 2024 • 3:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang cuba merayu kepada rakan lelakinya jadi tular.

Sesi persekolahan pada tahun ini baru sahaja dibuka dan rata-rata ibu bapa mula menghantar anak mereka memasuki sesi persekolahan ataupun pra-sekolah.

Beberapa hari lalu banyak peristiwa membabitkan anak-anak ini yang menangis, gembira berjumpa rakan baru dan ada juga ibu bapa yang tersilap sekolah anak.

Dalam video tular ini, kanak-kanak perempuan itu meminta bantuan rakan lelakinya untuk membuka pintu bilik kelasnya.

Dalam masa yang sama, sempat mengucapkan kata sayang pada rakan lelakinya itu.

Reaksi kanak-kanak lelaki itu tersipu malu dan tidak percaya dengan kata-kata itu.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen yang terhibur dengan gelagat kanak-kanak perempuan dan lelaki itu.

Cair sungguh bila kena sayang itu. Jangan mudah sangat yer dik.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved