Adik tayang kemesraan dengan kekasih, Neelofa akui sudah nasihat Ameera Khan

EntertainmentLifestyle
20 Feb 2025 • 9:56 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti dan usahawan, Neelofa sudah menjalankan tanggjungjawabnya sebagai seorang kakak dengan menasihati adiknya, Ameera Khan berkaitan menayangkan kemesraan bersama kekasihnya, Jefri Nichol di media sosial.

Menurut laporan mStar, Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, enggan untuk menjelaskan perkara itu secara terperinci memandangkan ia urusan melibatkan keluarga.

Sudah nasihat Ameera Khan

image is not available

“Sebenarnya tidak elok untuk saya bercakap apa-apa mengenai perkara ini dan saya tidak mahu komen pun berkenaan ini (Ameera dan Jefri).

“Tetapi saya cuma mahu anda tahu, sebagai seorang kakak, saya sudah pun buat bahagian saya. Saya tahu apa yang sesuai untuk saya buat.

“Saya rasa apa yang kami (keluarga) cakap kepada Ameera tidak perlu dimaklumkan kepada umum,” katanya.

Pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu memohon kepada orang ramai untuk mendoakan buat adiknya kerana dia percaya setiap manusia boleh berubah ke arah kebaikan.

Sudah nasihat Ameera Khan

image is not available

“Janganlah kecam (Ameera). Kalau suka atau tak, tolong doakan yang baik-baik. Susunan takdir Allah boleh diubah menjadi baik dengan doa.

“Kami adik-beradik nak yang terbaik untuk semua,” ujarnya.

Terdahulu, Ameera Khan dikecam netizen kerana menayangkan kemesraan bersama kekasihnya yang juga merupakan aktor dari Indonesia, Jefri Nichol di media sosial.

Mana tidaknya, ramai kurang senang apabila Ameera dicium oleh Jefri sedangkan mereka masih belum mempunyai ikatan yang sah.

image is not available

Sumber: mStar (Nazrin Zulkafli)