
Adeline, adik kepada Alice, tampil menuntut bekas majikan kakaknya membayar gaji yang tertunggak. Dia mendakwa syarikat makanan Auntie Anne’s hanya mempergunakan dan memanfaatkan populariti Alice.
Dalam siaran langsung di media sosial, Adeline meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan bekas majikan yang memecat Alice selepas gambar viral menunjukkan Alice mencium adunan roti di cawangan Auntie Anne’s tersebar.

Menurut Adeline, Alice menjalani latihan di Auntie Anne’s Sungei Wang pada 30 September dan sepatutnya dibayar gaji, namun dia dipecat selepas gambar tersebut mencetuskan kontroversi di media sosial.
Mereka hanya mahu menggunakan populariti Alice. Mereka tidak pernah berniat untuk memberikan pekerjaan yang tetap kepadanya.- Tegas Adeline dalam video itu.
Adeline turut mendesak bekas majikan Alice agar bertanggungjawab dan membayar gaji yang sepatutnya diterima oleh kakaknya.

Jap!
