Alice sorok identiti, cuba cari kerja di tempat lain tetapi kantoi, permohonan ditolak majikan

LocalEntertainment
13 Oct 2024 • 2:00 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Selepas dipecat dari Auntie Anne’s Malaysia, Alice Chang mula mencari pekerjaan baru dan dia diterima bekerja di sebuah premis Bukit Bintang, tetapi keadaannya tidak seperti yang dijangkakan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Adeline Chang mendakwa kakaknya, Alice Chang, bekerja separuh hari di sebuah kedai aiskrim di Pavilion KL, iaitu Cold Stone Creamery Malaysia.

Menurut Adeline, penyelia kedai itu enggan membayar upah separuh hari Alice.

image is not available

“Adik saya bekerja separuh hari di Cold Stone Creamery, Pavillion, Bukit Bintang hari ini. Tapi penyelia menipu gajinya separuh hari. Tak apa, anggap saja itu sebagai derma. Tapi memang tak patut syarikat itu menipunya.

“Walaupun begitu, kakak saya bekerja dengan baik hari ini. Dalam gambar, dia memakai topi dan sangat menjaga kebersihan. Pelanggan yang membeli dari dia pada hari ini memang bertuah,” katanya.

Ekoran itu, Cold Stone Creamery Malaysia segera mengeluarkan kenyataan media pada malam Sabtu, 12 Oktober 2024 dan menafikan semua dakwaan Adeline dan memberi jaminan bahawa Alice tidak mempunyai akses kepada bahagian makanan.

image is not available

Tambahnya, Alice terdahulu membuat permohonan untuk menjadi pekerja sambilan, tetapi menyembunyikan identitinya.

“Kami ingin menjelaskan bahawa dia datang ingin menjadi pekerja sambilan, menyembunyikan identitinya. Kami tidak mengambilnya bekerja dan dia tidak mempunyai akses kepada makanan,” katan kenyataan itu.

Sebagai langkah proaktif, pihaknya telah membersihkan premis dengan teliti.

Cold Stone Creamery Malaysia menghargai keprihatinan pelanggan dan berusaha mengekalkan standard kualiti dan perkhidmatan yang tinggi.