Adil urus ibu bapa, tak ada yang culas, idea wanita ini buat giliran disokong ramai

Family & Parenting
6 Sep 2022 • 5:11 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

IBU bapa adalah dua insan yang berjasa. Mereka memastikan kejayaan anak-anak, bahkan sanggup melakukan apa sahaja agar sanggup melakukan apa saja asalkan segala keperluan anak dipenuhi.

Walaupun pengorbanan itu dilakukan tanpa mengharapkan balasan, anak-anak wajar melakukan yang terbaik buat ibu bapa.

Tidak dinafikan bahawa anak-anak pada zaman ini terlalu sibuk dengan kerjaya. Ada yang bertindak ‘menolak’ tanggungjawab kepada adik beradik yang lain atas pelbagai alasan sehingga timbul situasi tidak adil.

Perkongsian pengguna Facebook, Arni Suhaila Rahmat ini boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan penggiliran yang adil sesama adik beradik.

image is not available

“Malang sungguh bagi ibu-bapa yang tidak menyedari bahawa anak-anak mereka telah dewasa. Tetapi lebih malang lagi bagi anak-anak yang terlupa bahawa ibu-bapa mereka telah semakin tua.

“Saya ada lima adik, saya anak kedua. Kakak sudah meninggal dunia. Apabila ramai adik beradik maka wajib ada sistem peraturan yang tidak membebankan antara satu sama lain. Saya cipta satu sistem giliran untuk urusan mak ayah kami.

“Apabila ayah dan emak memerlukan bantuan, jika empunya giliran tidak boleh melakukannya makan beliau wajib membayar ‘gaji’ kepada ahli yang sanggup ambil gilirannya,” titipnya.

image is not available

Katanya, penjagaan ibu bapa adalah tanggungjawab bersama. Sistem giliran diwujudkan agar masing-masing memikul tanggungjawab tanpa culas.

image is not available

“Sesiapa sahaja boleh memberi sejuta alasan untuk mengelak. Sibuk bekerja, anak tiada orang jaga, kereta belum servis, belum dapat gaji. Bermacam-macam alasan, sedangkan mereka berdua itulah satu-satunya ibu bapa kita.

“Emak ayah adalah tanggungjawab bersama untuk dijaga kebajikannya. Mereka ladang pahala buat anak-anak selagi mereka masih hidup.

“Apabila tidak membuat sistem giliran begini, yang bujanglah selalu diambil kesempatan.PERLU ambil cuti sedangkan beliau juga ada komitmen hutang bulanan, tidak adil untuknya,” titip Arni.

Dalam pada itu wanita berkenaan menjelaskan penggiliran yang dibuat bukan disebabkan terlalu berkira perihal urusan emak ayah tetapi bagi mengelakkan pergaduhan adik beradik atas sebab ketidakadilan.

“Siapa nak pahala lebih silakan buat. Tapi nak ‘lari’ daripada tanggungjawab! Bila ada sistem giliran begini, tidak keluar ayat – ” Asyik aku sahaja kena cuti bila ada hal emak ayah,” katanya.

image is not available

Warga maya rata-rata bersetuju dan menyokong cara yang dilakukan wanita itu.

-“Saya pengurus jenazah , banyak kes yang emk atau ayah meninggal dalam rumah bersendirian. Ada yang sudah meninggal berhari-hari dalam rumah. Ada adik beradik ramai, tolonglah jaga bergilir-gilir . Ingat, mati itu tidak kira waktu, tapi waktu yang ada tu kita perlu hargai sampai hujung nyawa .”

-“Mak ayah dulu pun selalu ambil cuti bekerja sementara nak besarkan kita. Ada yang sampai sanggup berhenti kerja semata-mata hendak beri sepenuh perhatian supaya anak membesar sihat dan gembira.”

Sumber: Arni Suhaila Rahmat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan