Adira, Anggrek Rangkul Gelaran Juara Talk to My Manager 2

EntertainmentLifestyle
22 Jun 2026 • 6:22 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Setelah berminggu-minggu kita menyaksikan 10 peserta berentap dalam pentas Talk To My Manager Musim Kedua, semalam tamatlah sudah perjuangan mereka ke penghujung.

Siapa pun tidak menyangka, ibarat memberi kejutan buat barisan juri dan semua penonton di MBSA dan di rumah. Peserta paling cilik, Anggrek, 9, bersama pengurus yang juga ibunya, Adira Suhaimi dinobatkan juara program realiti tersebut!

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Program Talk To My Manager 2.

Senarai Keputusan Akhir dan Hadiah

Ini adalah Senarai Penuh Pemenang Talk To My Manager 2 di konsert akhir semalam:

  1. Juara: Adira X Anggrek – (RM30,000 + trofi + tajaan peruntukan pengurusan dan pemasaran bernilai RM50,000 + barangan kemas + pakej penginapan + sebuah single)
  2. Naib Juara: Jamilulhayat X Hussain – (RM15,000 + trofi + tajaan peruntukan pengurusan dan pemasaran bernilai RM25,000 + barangan kemas + pakej penginapan + sebuah single)
  3. Tempat Ke-3: Datuk Seri Vida X Cik B – (RM10,000 + trofi + tajaan peruntukan pengurusan dan pemasaran bernilai RM25,000 + sebuah single + barangan kemas + pakej penginapan)  
  4. Tempat ke-4: Datuk A.Aida X Azeva – (RM5,000 + trofi + pakej penginapan)
  5. Tempat ke-5: Safura X Kim Khairii – (RM5,000 + trofi + pakej penginapan)

• Manager Paling Perform: Jamilulhayat X Hussain (Cruise Travel & RM1010.10)

• Anugerah Kasih Eskayvie: Adira X Anggrek (RM10,000)

@astrogempak

Bergegar satu MBSA bila mana nama Anggrek disebut sebagai juara Talk To My Manager musim ke 2. Peserta cilik kegemaran Malaysia masa kini. Tahniah!! Talk To My Manager Musim Ke-2 🗓️ Setiap Ahad 🕰️ 8.30 Malam | Checkout TTMM 2 ⏰ 9 Malam | Main Show TTMM2 📺 Astro Ria, sooka dan Astro One Strim lebih, jimat lebih dengan Astro One: Epic Pack. Dari RM159.99/bln*, nikmati 140+ saluran, sukan LIVE serta 7 aplikasi penstriman popular seperti Netflix, Disney+, iQIYI, Prime Video dan banyak lagi. Memang puas hati sekeluarga! #TalkToMyManagerMY #AstroOne

♬ original sound – Gempak – Gempak

Apa itu Program Talk To My Manager?

Program Talk To My Manager merupakan sebuah program realiti hiburan yang cukup unik kerana menampilkan konsep “legend passes the torch” atau legasi seni yang diteruskan ke generasi baharu.

Talk To My Manager bukan sekadar pertandingan ia merupakan pentas yang meraikan legasi, bakat dan hubungan kekeluargaan.

Musim ini kembali dengan konsep ikonik “pass-the-baton”, yang menggandingkan selebriti sebagai “manager” bersama anak-anak mereka yang berbakat di pentas.

Setiap persembahan bukan sekadar hiburan, malah menjadi ujian terhadap bimbingan, kepercayaan dan keserasian, sekaligus menyerlahkan ikatan serta kerjasama yang menjadikan setiap detik lebih bermakna dan diingati.

Dalam program ini, anak-anak selebriti akan tampil sebagai penghibur utama, manakala ibu bapa mereka pula berperanan sebagai “pengurus” yang memberi bimbingan, idea dan strategi untuk memastikan persembahan anak mereka benar-benar menyerlah di pentas.

Apa yang menarik, program ini bukan hanya tertumpu kepada nyanyian, tetapi turut merangkumi pelbagai cabang seni seperti lakonan, komedi dan tarian. Hal ini membolehkan penonton menyaksikan sisi berbeza bakat generasi kedua yang mungkin sebelum ini tidak pernah didedahkan.

Sepanjang 7 minggu siaran, setiap pasangan keluarga akan berdepan dengan pelbagai tugasan yang menguji bakat, kreativiti serta ketahanan emosi mereka.

Program ini juga menampilkan elemen baharu apabila pasangan manager dan artis perlu berdepan dengan pihak media untuk menjawab pelbagai persoalan sepanjang pertandingan berlangsung, sekali gus menambah cabaran serta realiti dunia hiburan sebenar ke dalam program ini.

talk to my manager 2
talk to my manager 2

Juri & Hos

  • Hos utama: Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil)
  • Juri tetap: Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal
  • Segmen khas: Mika Nabil & Fiza Frizzy (Live+)

Waktu Siaran [ LIVE ] Talk To My Manager

Talk to My Manager diserlah oleh Eskayvie yang hadir sebagai penaja Utama. Eskayvie serlahkan potensi anak, cipta masa depan gemilang, dengan cogan kata Eskayvie, Empowering Wellness, Enriching Lives.

Musim baharu ini turut berkolaborasi bersama Astro Gempak selaku Rakan Digital dan ERA sebagai Rakan Radio Rasmi.

Senarai Peserta Talk To My Manager 2

Senarai peserta Program Talk To My Manager 2026 menampilkan pasangan ibu bapa selebriti dan anak mereka. Berikut adalah senarai peserta musim kedua:

  1. Adira & Anggrek
  2. Ani Maiyuni & Viviana
  3. Datuk A. Aida & Azeva
  4. Dato’ Fazley & Fariedz Fazley
  5. Dato’ Sri Vida & Cik B
  6. Jamilulhayat & Hussain
  7. Linda Jasmine & Ratu
  8. Nana Mahazan & Althea
  9. Pak Azad & Amarra
  10. Safura & Kim Khairii
Image from: Adira, Anggrek Rangkul Gelaran Juara Talk to My Manager 2
Image from: Adira, Anggrek Rangkul Gelaran Juara Talk to My Manager 2

Highlight Sedutan Konsert Akhir

Berikut adalah sedutan persembahan semua peserta untuk Konsert Akhir. Kredit video Sooka Malaysia dan Astro Gempak.

@sookamalaysia

Kim Khairii beri terbaik untuk persembahan solo! Jom strim Talk To My Manager di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
@sookamalaysia

Kim Khairii dan Aman Ra bergabung! Jom strim Talk To My Manager di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
Kim Khairii

@sookamalaysia

Anggrek superstar! Jom strim Talk To My Manager di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
@sookamalaysia

Kim Khairii beri terbaik untuk persembahan solo! Jom strim Talk To My Manager di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!p

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
Anggrek

@sookamalaysia

Adakah Azeva pemenang TTMM 2? Jom strim Talk To My Manager di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
@sookamalaysia

Jom strim Talk To My Manager di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!p

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
Azeva

@sookamalaysia

Adakah Hussain boleh jadi juara TTMM 2? Jom strim Talk To My Manager di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
Hussain

@sookamalaysia

Cik B mengejutkan! Jom strim Talk To My Manager di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia

@sookamalaysia

Cik B macam boleh jadi juara! Jom strim Talk To My Manager di Sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
Cik B
Kredit: Astro Gempak

Sistem Pemarkahan

Sistem Pemarkahan Program Talk To My Manager 2026 adalah seperti berikut;

Penjurian 100% dikawal panel juri profesional untuk memastikan keputusan yang objektif. Markah dibahagikan kepada dua aspek utama:

  • 60% daripada penilaian adalah berdasarkan kecekapan, kreativiti pengurusan dan strategi oleh manager (ibu atau bapa selebriti).
  • 40% adalah berdasarkan keunikan persembahan dan kualiti vokal oleh artis (anak selebriti).

Terdapat elemen undian online oleh penonton yang memberi ganjaran kepada pasangan yang mendapat undian tertinggi.

 Ganjaran ini termasuk peluang membuat persembahan semula, markah tambahan dan hak memilih juri untuk memberikan komen.

Peserta juga diuji dalam segmen berdepan media secara langsung bagi memberi tekanan dan cabaran emosi yang menunjukkan ketahanan dan kebijaksanaan mereka.

Cara Mengundi

Undian dilakukan secara online melalui laman rasmi Astro Gempak. Undian dibuka setiap minggu sebaik sahaja rancangan tamat bersiaran. 

Penonton hanya perlu melayari laman tersebut untuk menyokong pasangan manager dan artis kegemaran mereka.

Setiap undian yang diberikan mampu mengubah perjalanan pertandingan. Untuk memastikan anda tidak terlepas, ikuti pengumuman hos di penghujung rancangan kerana di situlah waktu rasmi pembukaan sesi undian akan dimaklumkan. 

Hadiah Juara

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, naib juara pula akan meraih RM15,000 dan tempat ketiga akan menerima RM10,000.

Maklumat Lanjut

Untuk info terkini dan maklumat lanjut mengenai program Talk To My Manager 2, sila layari laman rasmi berikut:

  • Youtube AstroGempak
  • Astro Gempak (platform undian dan kandungan digital)
  • Platform penstriman Astro GO dan Sooka untuk menonton siaran langsung dan On Demand

Jangan lupa saksikan siaran Talk to My Manager setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan bagi sokongan melalui undian di laman web Astro Gempak kepada artis kegemaran anda!

Soalan Lazim Talk To My Manager 2

Apa itu Program Talk To My Manager?

Ia adalah program realiti hiburan yang unik menggabungkan pasangan ibu bapa (manager) dan anak selebriti untuk bertanding dalam cabaran nyanyian dan seni persembahan sepanjang 7 minggu, mengetengahkan legasi dan hubungan keluarga dalam industri hiburan.

Bilakah dan di mana program ini disiarkan?

Siaran rasmi bermula padA 19 April 2026, setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria (104). Penonton juga boleh menstrim melalui Astro GO dan Sooka.

Siapa barisan juri dan hos?

Program dikendalikan oleh Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil) dan dinilai oleh juri profesional termasuk Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal.

Bagaimana sistem penjurian dijalankan?

Skor terdiri daripada 60% penilaian kreativiti dan pengurusan oleh manager, dan 40% untuk keunikan persembahan serta kualiti vokal artis. Penilaian juga dipengaruhi oleh undian online penonton.

Bagaimana cara mengundi?

Penonton boleh mengundi pasangan kegemaran melalui laman web rasmi Astro Gempak selepas setiap episod bersiaran.

Baca juga: MADANI Mart – Kedai Runcit Harga Rahmah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved