Adira Suhaimi ‘Berguru’ Dengan Andika Putera, Netizen Usik Nak Beli TRX

Entertainment
22 Oct 2024 • 6:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi Adira Suhaimi menjadi tumpuan netizen apabila melihat hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Instagram menunjukkan dirinya bersama pempengaruh Andika Putera.

Menurut Adira, dia menghadiri kelas bersama Andika Putera untuk mendapatkan ilmu yang mungkin berkaitan dengan pemasaran produk dan ia sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Sebegai rujukan, Andika Putera baru-baru ini menjadi tumpuan di media sosial kerana kenyataannya yang dikatakan berazam untuk membeli bangunan pencakar langit Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur, malah dia juga sebelum ini terpalit dengan isu kontoversi perceraian dengan bekas isterinya.

Susulan itu, ramai netizen berseloroh bahawa Adira mungkin nak beli bangunan tersebut bersamanya malah, ada juga yang berseloroh untuk tidak menjalinkan apa-apa hubungan dengan Andika serta ada yang turut mempertikaikan pilihan Adira dalam mencari guru.

image is not available image is not available image is not available

Namun begitu, ada juga yang membela Adira dan Andika kerana ia adalah hak penyanyi itu untuk memilih siapa gurunya.

Hurm, nak menuntut ilmu je, abaikan pasal perihal orang tu.

Sumber : Instagram

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.