Adira Tetap Pendirian Mahu Bercerai Tapi Datuk Red Masih Sayangkan Perkahwinan?

Entertainment
18 Dec 2023 • 4:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, kecoh mengenai hubungan rumah tangga penyanyi, Adira Suhaimi yang memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red. Sehingga kini, Adira masih tetap pendirian ingin berpisah dengan suaminya.

Menurut laporan Kosmo! ketika menemu ramah peguam syarie Adira, Nor Saidah Zakaria berkata, anak guamnya tetap mahu meneruskan keputusannya untuk bercerai.

Setakat ini Adira masih tetap dengan keputusannya (untuk bercerai). Tetapi saya tidak boleh bercakap lebih lanjut sebab tidak mendapat arahan daripada anak guam saya (Adira).

image is not available

Datuk Red masih sayangkan perkahwinan?

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Datuk Red, Muhammad Akmal Amzan memberitahu bahawa anak guamnya mahu mempertahankan rumah tangga kerana masih sayangkan perkahwinannya bersama Adira.

Anak guam saya tetap mahu mempertahankan rumah tangganya kerana masih sayangkan perkahwinannya.

Melalui proses perceraian ini di mahkamah, kedua-dua pihak juga diminta untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Adira telah melantik kakaknya, Emma Suhaimi sebagai wakil JKP.

Walau bagaimanapun, Datuk Red yang pernah ditegur kerana sengaja melambat-lambatkan kes, kini melantik rakannya untuk menjadi wakil JKP.

Tarikh baru untuk laporan JKP

Semasa prosiding yang dijalankan pada hari ini (18 Oktober), peguam Datuk Red menyatakan ingin mengambil masa enam bulan bagi proses JKP. Namun, peguam Adira membantah dan tidak bersetuju dengan tempoh yang dicadangkan.

Usai menerima maklum balas daripada kedua-dua belah pihak, Hakim Syarie menetapkan tarikh baru iaitu pada 5 Mac tahun hadapan untuk kedua-dua pihak mengemukakan laporan JKP masing-masing.

Untuk rekod, Adira Suhaimi berkahwin dengan Datuk Red di Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua sebelum Adira sendiri memfailkan permohonan cerai pada 1 April 2019.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.