Adly hargai cadangan calon Ketua Menteri, mahu fokus menang PRN Melaka

LocalPolitics
2 Nov 2026 • 3:22 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Adly hargai cadangan calon Ketua Menteri, mahu fokus menang PRN Melaka

MELAKA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menghargai cadangan menamakannya sebagai calon Ketua Menteri, sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Bagaimanapun, katanya, keutamaannya ketika ini adalah memastikan kemenangan calon-calon PH terlebih dahulu.

“Pandangan itu kita hargai tetapi fokus kita hari ini adalah untuk pastikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kita ini, kita menang.

“Ini kerana kita tahu bahawa proses pembentukan kerajaan itu banyak bergantung kepada jumlah kerusi yang kita menang,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini, hari ini.

Menurut Adly, tumpuan PH sepanjang tempoh berkempen adalah untuk memastikan calon-calon mendapat sokongan pengundi.

Katanya, PH perlu memanfaatkan tempoh kempen untuk mencapai kemenangan kerana keputusan terletak di tangan rakyat Melaka.

“Jadi saya fikir apa pun ketetapan kita, fokus ADUN-ADUN kita, kita minta di 24 Dewan Undangan Negeri (DUN) utama, di samping 18 DUN fokus kita.

“Saya fikir tugas kita 14 hari ini untuk memenangkan ADUN-ADUN kita,” katanya.

Semalam, Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan dicadang untuk dinamakan sebagai calon Ketua Menteri, sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan negeri pada 14 November ini.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Adly yang juga bekas Ketua Menteri merupakan calon terbaik untuk menerajui pentadbiran negeri. – UTUSAN

The post Adly hargai cadangan calon Ketua Menteri, mahu fokus menang PRN Melaka appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved