Calon pengganti Shuhaily di AKPS belum dibincangkan: Saifuddin

LocalPolitics
2 Nov 2026 • 5:08 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Calon pengganti Shuhaily di AKPS belum dibincangkan: Saifuddin

KUALA LUMPUR - Pengganti Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih belum dibincangkan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Belum, kita belum bincang,’’ kata Saifuddin ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan.

Saifuddin turut memberitahu, status perkhidmatan Shuhaili ketika ini diuruskan mengikut prosedur dan peraturan penjawat awam berikutan pertuduhan di mahkamah ke atas beliau.

“Dari segi perkhidmatan awam, apabila seseorang telah didakwa, terdapat sistem dan prosedur yang perlu diuruskan oleh Bahagian Perkhidmatan Awam,’’ katanya, lapor media.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah di Mergong, Kedah, hari ini.

Shuhaily dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi tempoh dua tahun dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.

Pada 21 Oktober, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September.

Pada 30 Oktober lalu, Saifuddin mengesahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk mengembalikan Shuhaily ke PDRM selepas tempoh peminjamannya di AKPS berakhir, selain menyerahkan urusan penentuan penugasan baharu beliau kepada pucuk pimpinan polis.

Dalam pada itu, Shuhaily hari ini kembali memulakan tugas di AKPS selepas dilaporkan bercuti minggu lepas.
AKPS dalam hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan Shuhaily memulakan tugasan dengan mempengerusikan Mesyuarat Commander's Call Bil. 3/2026.

“Mesyuarat yang menghimpunkan semua Pegawai Kanan dan Komander Pintu Masuk AKPS ini memberi tumpuan kepada Gerak Atur 2027.

“Ia khususnya dalam memperkukuh hala tuju strategik, kesiapsiagaan operasi serta keberkesanan kawalan dan perlindungan sempadan negara. Fokus jelas. Gerak kerja diperkemas. Misi diteruskan,” menurut AKPS. - 2 November, 2026

The post Calon pengganti Shuhaily di AKPS belum dibincangkan: Saifuddin appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved