
ALOR GAJAH: Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Adly Zahari selesai menunaikan tanggungjawab mengundi kira-kira pukul 4.15 petang, selepas melawat 11 pusat mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.
Lawatan itu membabitkan keseluruhan 60 saluran di 11 pusat mengundi bagi meninjau perjalanan proses pengundian serta perkembangan semasa di kawasan berkenaan.
Pengerusi PH Melaka itu membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal.
PRN Melaka menyaksikan pengundi di seluruh negeri keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat yang akan mewakili mereka di 28 kerusi DUN. – UTUSAN
The post Adly Zahari selesai mengundi pukul 4.15 petang appeared first on Utusan Malaysia.




![[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Adly tewas di Bukit Katil, PH kehilangan satu kerusi](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/11/14/3710463.webp)
