[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Adly tewas di Bukit Katil, PH kehilangan satu kerusi

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 9:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Adly tewas di Bukit Katil, PH kehilangan satu kerusi
Adly Zahari

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) kehilangan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila Parti Amanah Negara (Amanah) gagal mempertahankan kerusi Bukit Katil yang dimenanginya pada pilihan raya sebelum ini.

Penyandang kerusi berkenaan, Adly Zahari yang juga Pengerusi PH Melaka, memperoleh 8,382 undi berdasarkan keputusan semasa setakat jam 9 malam.

Beliau tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Ridzuan Sari yang meraih 14,815 undi.

Dalam perkembangan sama, DAP berjaya mengekalkan empat kerusi yang dimenanginya pada PRN terdahulu iaitu Ayer Keroh menerusi Kerk Chee Yee, Kesidang (Allex Seah Shoo Chin), Kota Laksamana (Low Chee Leong) dan Bandar Hilir (Leng Chau Yen).

Sementara itu, kesemua sembilan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di bawah tiket PH turut gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN kali ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved