ADN cadang papan pemuka awam pantau 98 inisiatif RS-2

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 5:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

ADN cadang papan pemuka awam pantau 98 inisiatif RS-2

SHAH ALAM, 11 OGOS: Kerajaan Selangor disaran mewujudkan sistem pemantauan awam RS-2 (RS-2 Public Dashboard) bagi membolehkan rakyat memantau perkembangan pelaksanaan 98 inisiatif di bawah Rancangan Selangor Kedua (RS-2).

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning, S Preakas berkata papan pemuka berkenaan boleh memaparkan sasaran setiap inisiatif, agensi bertanggungjawab serta jumlah peruntukan yang disediakan.

“Rakyat perlu diberikan ruang untuk melihat sejauh mana sasaran yang ditetapkan telah dicapai, agensi mana yang bertanggungjawab serta jumlah peruntukan yang disediakan dan dibelanjakan bagi setiap inisiatif.

“Sebagai contoh, bagi inisiatif berkaitan isu banjir, perkembangan projek boleh dipaparkan mengikut daerah supaya rakyat dapat mengetahui status pelaksanaannya termasuk kemajuan kerja dan sasaran yang telah dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul RS-2 pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Menurut Preakas, cadangan berkenaan bukan bertujuan mencari kesalahan Kerajaan Negeri, sebaliknya membina budaya akauntabiliti serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pelaksanaan dasar kerajaan.

Katanya, kerajaan yang yakin dengan prestasinya tidak perlu takut kepada ketelusan kerana rakyat berhak mengetahui perkembangan, pencapaian dan hasil setiap inisiatif yang dilaksanakan.

Pada 7 Ogos lalu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) sebagai hala tuju pembangunan Selangor hingga 2030 merangkumi enam misi utama yang membabitkan 25 bidang dan 98 inisiatif.

Beliau berkata RS-2 turut memperuntukkan nilai keseluruhan RM33.31 bilion bagi yang akan dibelanjakan secara saksama bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai rakyat tanpa hanya bergantung kepada peruntukan Kerajaan Negeri.

Katanya, pelaksanaan rancangan itu turut melibatkan hasil anak syarikat Kerajaan Negeri, pelaburan sektor swasta serta kerjasama pelbagai pemegang taruh bagi memastikan setiap inisiatif dapat dilaksanakan secara berkesan dan mencapai sasaran ditetapkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved