ADN: MPK laksana kerja baik pulih jalan berlubang di Meru esok

26 Dec 2022 • 6:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 26 DIS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan memulakan kerja baik pulih jalan raya yang rosak teruk di Kawasan Perindustrian Sungai Kapar Indah, Meru, Klang esok.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata pihak berkuasa tempatan itu mengambil maklum keadaan di laluan itu yang didakwa berlubang hingga mengancam keselamatan pengguna.

“Sebelum ini MPK menutup jalan berkenaan kepada kenderaan kerana dibimbangi berlaku perkara tidak diingini dan orang akan salahkan kepada pihak berkaitan.

“Tetapi ramai yang marah (dengan penutupan jalan) kerana menyukarkan mereka untuk melaluinya. Saya sudah minta (MPK) buat pembaikan, insya-Allah esok,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, pengguna mendakwa jalan terbabit berlubang pada kedalaman 1.52 meter dan lebih berbahaya apabila air bertakung sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

Keadaan itu turut meresahkan pengguna yang mendakwa kenderaan mereka rosak gara-gara laluan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved