Adobe : Kami Tidak Akan Menggunakan Karya Pelanggan Untuk Melatih AI

TechnologyDigital
7 Jun 2024 • 9:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adobe pagi ini mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka tidak akan menggunakan karya pelanggan untuk melatih kecerdasan buatan Firefly mereka. Kenyataan ini dikeluarkan selepas perubahan pada terma dan syarat perkhidmatan (TOS) untuk Adobe Creative Cloud tular di media sosial menimbulkan kemarahan pengguna perisian kreatif mereka seperti Photoshop, Premiere Pro dan Illustrator.

image is not available

Antara perubahan pada TOS yang menimbulkan kerisauan pelanggan ialah klausa Adobe boleh mengakses karya pengguna bagi memperbaiki mutu dan kualiti perkhidmatan. Ini dilihat sebagai Adobe mengakses fail pelanggan di Adobe Cloud untuk melatih model terkini AI generatif.

Adobe menjelaskan mereka komited untuk tidak menggunakan data pengguna untuk melatih AI. Sebaliknya mereka hanya melatih model menggunakan karya yang telah dilesenkan atau yang kini memasuki domain awam. Akses kepada karya pelanggan hanya dilakukan apabila diperlukan seperti mengakses ciri Photoshop Neural Filters, Liquid Mode dan Remove Background yang memerlukan fail pelanggan dihantar ke pelayar di awanan untuk diproses.

Mereka juga tidak akan mengambil hak ke atas karya-karya pelanggan seperti yang didakwa di media sosial. Dengan kenyataan rasmi ini, Adobe berharap sebarang kekeliruan mengenai penggunaan fail dan hak karya pelanggan telah dijelaskan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved