Kerajaan Hadir Dengan Aplikasi EzPetrol – Memudahkan Mengetahui Stesen Minyak Terdekat, Dan Informasi Berkaitan Petrol

TechnologyDigital
5 Jun 2024 • 12:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan kini menerbitkan sebuah aplikasi baharu pada koleksi aplikasi mereka, dinamakan sebagai EzPetrol. Melaluinya, ia berfungsi sebagai sebuah direktori, dalam memudahkan pengguna mengetahui pelbagai perkara melibatkan minyak petrol untuk kenderaan.

image is not available

Aplikasi ini menggunakan sokongan geolokasi dalam memaparkan stesen minyak berdekatan dengan seseorang pengguna, dan melihat penilaian berkaitan dengan stesen berkenaan. Pengguna turut boleh log masuk, dan meninggalkan penilaian untuk sesuatu stesen minyak.

Disamping itu, aplikasi ini turut memaparkan harga minyak petrol semasa, termasuk melibatkan dariapda RON92, RON95, RON97, Diesel dan juga LPG. Pengguna turut boleh melihat perbandingan masa-nyata dengan harga minyak di negara-negara jiran melalui aplikasi berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi EzPetrol ini melalui Google Play Store atau Apple AppStore hari ini.