
Adobe merupakan salah satu jenama yang tidak asing bagi ramai yang terlibat dalam arena kreatif. Mereka mempunyai sejumlah perisian dibawah mereka, termasuk antara yang popular adalah Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Indesign, Adobe Premiere, Adobe Acrobat, dan sejumlah yang lain.

Dulunya, Adobe menjual ia dalam bentuk perisian, tetapi selari perkembangan zaman, kini semuanya ditawarkan dalam bentuk langganan. Tidak setakat perisian, kini ia turut hadir dengan ciri kecerdasan buatan janaan untuk mempercepatkan lagi penghasilan karya kreatif.
Berkongsi berkenaan perkembangan syarikat, Adobe kini menyatakan mereka mempunyai 1 bilion pengguna aktif bulanan. Angka ini suatu angka yang tinggi, apatah lagi dengan pelbagai cabaran masa kini, termasuk daripada Canva.






