Adobe Menamatkan Penawaran Photoshop Mix Dan Photoshop Fix Untuk Android

TechnologyDigital
5 May 2024 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada tahun 2021 lepas, Adobe telah menamatkan penawaran Adobe Photoshop Mix dan Photoshop Fix untuk pengguna iOS. Kini, selang beberapa tahun, Adobe turut mengambil langkah sama untuk penawaran aplikasi berkenaan di Android.

Adobe menyatakan sebagai alternatif untuknya, pengguna boleh menggunakan Photoshop Express yang menyertakan pelbagai ciri-ciri yang terdapat pada kedua-dua aplikasi tersebut. Sebelum ini, Photoshop Mix menyertakan kaedah mudah mengabungkan dua tiga gambar dalam satu imej, sementara Photoshop Fix pula menyediakan ciri untuk menambah-baik sesuatu gambar dengan pantas menggunakannya.

image is not available

Kedua-dua aplikasi Photoshop Fix dan Photoshop Mix telah pun dibuang daripada kedai aplikasi Google Play Store. Pengguna yang sedia memuat-turunnya boleh kekal menggunakan ia sehingga perkhidmatan ditamatkan pada 4 Jun 2024 kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved