Google Mula Menawarkan Android 15 Beta Kepada Pengguna Pixel

TechnologyDigital
12 Apr 2024 • 5:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas menawarkan versi pembangunan awal Android 15 sejak Februari lepas, kini Google telah mengumumkan penawaran versi Android 15 Beta pertama untuk diuji sebelum pelancaran rasmi menyusul.

image is not available

Android 15 Beta ini ditawarkan kepada para pengguna peranti Pixel sahaja, iaitu Pixel 6 dan yang terkini. Buat masa ini, ia masih pada versi pembangunan, maka mungkin tidak begitu stabil dan tidak sesuai untuk digunakan pada peranti utama sahaja.

Google sering menawarkan versi pembangunan awal, dalam usaha membolehkan para pembangun mengoptimasikan aplikasi untuk pelancaran sistem operasi baharu Android.

Android 15 masih akan kekalkan sejumlah antaramuka seperti Android 14, tetapi hadir dengan sejumlah ciri baharu. Antaranya adalah sokongan aplikasi pada bentuk paparan penuh (Edge to Edge), lebih pengoptimasian pada sistem operasi, menjadikan ia lebih mesra OKU, serta sokongan mengarkib data aplikasi yang tidak digunakan pada peranti.

Bagi anda yang menggunakan Pixel 6 dan merupakan pembangun aplikasi, boleh mencuba sendiri Android 15 Beta 1 hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved