Adobe sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi Photoshop untuk pengguna iPhone. Lanjutan daripadanya, kini penyedia penyelesaian dunia kreatif berkenaan turut memperkenalkan aplikasi Photoshop untuk Android.
Aplikasi yang telah ditawarkan melalui Google Play Store ini masih pada peringkat beta. Ini bermakna, aplikasi tersebut mungkin tidak begitu stabil, selain penawaran fungsinya masih terhad.

Melalui Adobe Photoshop untuk Android, pengguna boleh melakukan penyuntingan pantas terus pada peranti mudah-alih, termasuk menguruskan pelbagai layer berbeza, menggunakan integrasi Firefly, serta pelbagai fungsi Photoshop yang lain.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Photoshop Beta untuk Android ini di Google Play Store. Aplikasi ini ditawarkan secara percuma buat masa ini, dan dijangka perlukan langganan berbayar apabila mencapai fasa stabil kelak. Penyediaan aplikasi ini juga dilihat akan membolehkan Adobe terus bersaing secara aktif bersama Canva, dan tidak kehilangan pengguna pada perkhidmatan tersebut.

