Notepad merupakan aplikasi penulisan teks biasa yang terbina pada sistem operasi Windows, dan secara lazimnya digunakan untuk menulis dan menyunting teks tanpa keperluan untuk memformat teks tersebut.
Terkini, melalui program Windows Insider, pengguna yang mahu menguji ciri-ciri terbaru pada sistem operasi Windows 11 boleh mula menguji ciri-ciri format asas melalui Notepad, sesuatu yang sebelum ini hanya diperlihatkan pada sebuah lagi perisian Microsoft, iaitu WordPad, yang kini telah ditamatkan sokongan dan penggunaannya.

Microsoft telah menambahkan fungsi format secara minima, dan anda boleh menggunakan bar yang membolehkan anda menambahkan format seperti menambah header, format untuk bold, italic dan underline, menambahkan mata penyenaraian dan juga pautan ke fail ataupun laman web.
Jika anda biasa menggunakan pintasan Markdown, anda juga boleh menggunakannya pada Notepad, memudahkan tugasan menyunting teks. Seperti yang dikatakan, versi Notepad ini (version 11.2504.50.0) ditawarkan melalui program Windows Insider sahaja, melalui Canary dan Dev Channel.


