Adobe Premiere Akan Tiba Ke Android Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
13 May 2026 • 11:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adobe Premiere Akan Tiba Ke Android Tidak Lama Lagi

Sebelum wujudnya Capcut dan Edits, aplikasi pilihan untuk melalukan suntingan video pada komputer ialah Adobe Premiere. Dengan semakin banyak kerja suntingan dilakukan pada telefon pintar, Premiere tiba ke iPhone pada tahun 2025.

Image from: Adobe Premiere Akan Tiba Ke Android Tidak Lama Lagi
Adobe Premiere iOS

Pagi ini Google mengumumkan Adobe Premiere akan akhirnya tiba ke peranti Android tahun ini. Ia akan menyokong sepenuhnya penggunaan pada telefon pintar dan juga tablet Android. Premiere versi Android akan hadir dengan templat dan kesan khas khusus untuk peranti Android.

Adobe dan Google belum lagi memberikan tarikh sebenar Adobe Premiere akan tiba ke Android. Maklumat lebih lanjut mungkin akan diumumkan ketika acara Google I/O yang akan berlangsung pada 19-20 Mei depan.