Emoji Pada Android 17 Diubah Menjadi 3D

TechnologyDigital
13 May 2026 • 1:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perubahan akan dilakukan pada bagaimana emoji akan dipaparkan pada Android 17 yang akan dilancarkan kelak. Google mengumumkan pada sistem operasi terkini yang akan dilancarkan kelak, emoji akan dipaparkan secara 3D. Seperti contoh di bawah, emoji kini mempunyai dimensi seperti yang digunakan pada peranti Apple sejak sekian lama.

Emoji 3D Android 17

Ini adalah usaha daripada Google untuk menyeragamkan paparan emoji di Android dan iOS. Perubahan yang dilakukan tidak begitu ketara tetapi set emoji Noto 3D ini akan membolehkan maklumat disampaikan dengan lebih jelas kepada penerima emoji.

Emoji 2D Android 16

Secara peribadi saya lebih gemarkan rekaan emoji rata yang selari dengan antaramuka Material yang juga rata. Tetapi Google sekadar mengikut trend dengan iOS mengambil elemen Android dan Android pula meminjam elemen daripada iOS.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved