Adobe Tawar Potongan Harga Langganan Sehingga 40% Jika Bayar Menggunakan Touch ‘n Go

Business & FinanceSales & Promo
2 Apr 2026 • 9:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dengan krisis Asia Barat belum nampak akan berakhir, kita perlu lebih bijak mencari cara mengurangkan kos sara hidup. Hari ini kami baru menyedari Adobe menawarkan potongan harga bayaran sehingga 40% sekiranya pelan dibayar menggunakan Touch ‘N Go.

image is not available

Pelan ini ditawarkan sejak 26 Mac dan akan berakhir 27 April depan. Antara pelan yang dimasukkan ke dalam promosi ini ialah Creative Cloud Pro, Photoshop, Illustrator, Premiere, Photography (1TB), Lightroom, After Effects dan InDesign. Hanya Creative Cloud Pro menerima potongan 40% kini iaitu
RM132.13 sebulan berbanding RM220.32 sebulan. Pelan lain menerima potongan 20% sahaja.

Untuk terma dan syarat setiap pelan serta melakukan langganan pelan sila ke pautan di bawah.