
Sejak kamera papan pemuka diperkenalkan, banyak insiden membabitkan kecuaian pemandu dapat dilihat, apatah lagi jika rakaman itu dimuat naik ke media sosial.
Tindakan itu sebenarnya sedikit sebanyak memudahkan pihak berkuasa mencari mana-mana individu bertanggungjawab jika mereka ada melakukan kesalahan.
Terbaru, pihak berkuasa mungkin boleh mengesan pemandu sebuah kereta pelbagai guna (MPV) yang secara tiba-tiba mahu mengundurkan kenderaannya kerana tersalah memasuki simpang.
Perbuatan itu jelas berbahaya dan menyalahi peraturan jalan raya. - Getaran, 12 Mei 2024
@getaranmy Menurut owner dashcam, pemandu kereta tersebut masih cuba mengundurkan kenderaan sebab telah terlepas simpang. Aduh, bertimbang rasa pada orang lain sikitlah bang #getaranmy #dashcam ♬ original sound - Getaran

