Kalau Ada Yang Terakam, Bantu Lah Waris Mangsa

22 Apr 2024 • 5:21 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Sungguh menyedihkan apabila seorang anak bukan saja kehilangan ayahnya akibat kemalangan langgar lari, malah terpaksa merayu pemilik kenderaan jika ada yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka tragedi berkenaan.

Menurut anak mangsa yang memuat naik rayuannya di aplikasi X, kejadian berlaku pada 18 April lalu di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor, ketika bapanya pulang dari pasar malam selepas membeli nasi ayam untuk ibunya yang tidak sihat.

Melalui satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan motosikal ditunggang mangsa tergolek atas jalan raya selepas dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna gelap.

Diharap mana-mana orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman berkenaan dapat berhubung dengan balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. – Getaran, 22 April 2024

@getaranmy Seorang pengguna X creqmpfuw menulis, "Assalammualaikum, saya dengan rendah diri meminta pertolongan sesiapa yang mempunyai dashcam/ menjadi saksi waktu kejadian ini untuk memberi kerjasama. Arwah ayah saya accident selepas balik dari pasar malam nak beli nasi ayam untuk ibu sebab ibu tak sihat haritu " Kejadian berlaku di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor pada 18 April 2024. #getaranmy #kemalangan ♬ original sound - Getaran

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved