Aduan gangguan seksual terhadap golongan lelaki, meningkat – Nancy

22 Apr 2024 • 9:50 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jerayawara Kasih KPWKM @ Antigangguan Seksual menerima lebih 1,000 aduan gangguan seksual terhadap lelaki membabitkan pelbagai peringkat usia, sejak program itu dilancarkan pada tahun lepas.

“Pada permulaan program ini, hanya berbelas (aduan gangguan seksual terhadap lelaki) kami terima. Mungkin mereka tidak mahu melaporkannya kepada pihak polis tetapi mereka berani buka cerita kepada kaunselor kita.

“Ada lebih 1,000 pengadu (lelaki) datang melaporkan kepada kaunselor (KPWKM) dan minta nasihat daripada KPWKM (berkaitan gangguan seksual dialami mereka),” katanya.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved