Aduan kepada RoS ganggu rundingan kerusi PN – Tun Faisal

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 8:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Aduan kepada RoS ganggu rundingan kerusi PN – Tun Faisal
Tun Faisal mendakwa, tindakan mereka jelas bertujuan mensabotaj Bersatu.

SHAH ALAM – Tindakan empat Ahli Parlimen Bersatu mengemukakan aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung isu kuorum Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) didakwa mengganggu persiapan Perikatan Nasional menghadapi PRN Negeri Sembilan.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa, tindakan itu bertujuan mewujudkan persepsi negatif terhadap Bersatu, sekali gus menimbulkan keraguan mengenai keabsahan kepimpinan parti.

Empat Ahli Parlimen berkenaan ialah Zakri Hassan (Kangar), Kalam Salan (Sabak Bernam), Roslan Hashim (Kulim-Bandar Baharu) dan Muslimin Yahaya (Sungai Besar).

Mereka dilaporkan berhujah bahawa MPT Bersatu yang pada asalnya mempunyai 49 ahli kini hanya berbaki 23 orang susulan pemecatan, penggantungan dan peletakan jawatan.

Menurut mereka, kuorum separuh daripada 49 ahli memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang, menyebabkan mesyuarat MPT didakwa tidak lagi mempunyai kuorum mencukupi.

Tun Faisal bagaimanapun berkata, Perlembagaan Bersatu jelas memperuntukkan bahawa peletakan jawatan beberapa ahli MPT tidak menyebabkan kuorum mesyuarat terjejas secara automatik, apatah lagi membubarkan parti.

“Namun, mereka tetap meneruskan tindakan yang jelas bertujuan mensabotaj Bersatu,” dakwanya kepada Sinar Harian.

Beliau turut mendakwa aduan itu dijadikan alasan untuk membatalkan mesyuarat rundingan kerusi PN yang dijadualkan pada Isnin malam.

Menurutnya, Fasal 13.12 Perlembagaan Bersatu menetapkan kuorum ialah separuh daripada jumlah ahli MPT yang sedang memegang jawatan, bukannya berdasarkan bilangan asal selepas pemilihan parti.

Katanya, peruntukan itu perlu dibaca bersama Fasal 27 yang menetapkan pertikaian mengenai tafsiran perlembagaan diputuskan oleh MPT dan keputusan tersebut adalah muktamad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved