“Aduh Kecewa” – Netizen Korek Gambar Kekasih Aliff Aziz, Rupanya Rakan Baik Anna Jobling?

Entertainment
22 Apr 2024 • 1:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
aliff aziz

Susulan pengakuan bercinta yang dibuat Sarah Yasmine bersama Aliff Aziz, akaun media sosial wanita ini menjadi perhatian netizen.

Netizen mendapati terdapat satu posting pada Disember tahun lalu memaparkan wanita ini bersama pelakon popular Anna Jobling dengan kapsyen yang menarik perhatian netizen.

image is not available

Hantaran penghargaan, terima kasih kerana menunjukkan kepada saya rasa kebahagiaan yang sebenar selama tiga hari ini dan menjadi rakan rapat paling hebat.

Di ruangan komen, Anna dilihat memberi respon balas iaitu kucupan buat kekasih Aliff Aziz tersebut. Hal ini menyebabkan netizen meluahkan rasa kecewa mendapati pelakon kegemaran mereka berkawan rapat dengan penyondol.

image is not available

Terdahulu, Sarah tampil dengan kenyataan di Instagram mendedahkan hubungannya bersama Aliff dan menceritakan kronologi tentang rancangan aktres Ruhainies yang didakwa bersubahat dengan Aliff untuk memecah belahkan rumah tangga Bella Astillah.

Kata Sarah, tujuan hantaran tersebut adalah bagi membuka mata orang ramai tentang sifat Ruhainies dan juga sedikit sebanyak ingin membersihkan nama kekasihnya itu.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved