Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

Entertainment
22 Apr 2024 • 8:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Akaun Instagram Siti Hafiza Basharahil tidak lagi aktif selepas skandal terbaru anaknya terbongkar - gambar Instagram

Nama Aliff Aziz panas lagi, selepas muncul seorang wanita yang mendakwa sudah bergelar kekasih kepada penyanyi kelahiran Singapura itu sejak Januari lalu. 

Tampil dengan video intim mereka di Instagram, wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine ini turut memuat naik kronologi kisahnya bersama Aliff.

Lebih panas, dia turut mendakwa Aliff dan pelakon Ruhainies sebenarnya  sudah lama menjalinkan hubungan cinta tanpa pengetahuan isterinya, Bella Astillah.

image is not available
Aliff Aziz didakwa menjalin hubungan cinta bersama seorang lagi wanita ketika sedang bercinta dengan Ruhainies - gambar fail

Namun apa yang lebih menarik bukanlah pendedahan dibuat Sarah itu, tetapi tindakan ibu Aliff, Siti Hafiza Basharahil yang memadam akaun Instagram miliknya sebaik sahaja skandal berkenaan terbongkar. 

Berita Harian melaporkan, Siti Hafiza masih aktif di platform media sosial itu pagi tadi sebelum akaun miliknya ‘lesap’ secara tiba-tiba.

Menurut netizen, akaun wanita itu sememangnya sudah lama ‘tenggelam-timbul’ sejak kes anaknya dibawa ke mahkamah.

Umum mengetahui Siti Hafiza amat lantang membela anaknya, sebaik sahaja kes khalwat Aliff dan Ruhainies tersebar.

‘Sifat pelindungnya’ begitu ketara apabila dia juga kerap mengeluarkan kenyatan berbaur sindiran, yang dilihat ramai seolah ditujukan kepada Bella.

Aliff dan Bella sepatutnya bercerai pada 4 April lalu, namun aktor itu membuat kejutan apabila enggan melepaskan isterinya. - Getaran, 22 April 2024